» » Alyah Enggan Ulas Kontroversi Perkahwinannya


Penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan membuat keputusan untuk berdiam diri.

Dia enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai rahsia perkahwinannya dengan Datuk Ramli MS yang kini telah terbongkar.

“Saya ingin meminta maaf kepada semua. Awak boleh tanya mengenai hal ini kepada Ramli sendiri. Saya serahkan kepada dia,” katanya kepada Mangga Online ketika dihubungi tadi.

Sebelum ini Alyah dan Ramli hanya mengunci mulut mengenai gosip perkahwinan mereka. Namun segala tanda tanya akhirnya terjawab selepas pihak JAIS menyerbu kediaman mewah milik Ramli semalam.


Dalam pada itu, pasangan itu dijangka menyerahkan dokumen asal penikahan mereka di pejabat JAIS pada Selasa depan.

Mereka berdua difahamkan telah bernikah lebih setahun lalu di Batam Indonesia tapi belum mendaftarkan pernikahan di Malaysia.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .