» » Aisya Hasnaa Jalani Fisioterapi Akibat Jatuh Motor


Pelakon dan penyanyi baharu iaitu Aisya Hasnaa mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh daripada motosikal ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Awek Merah Jambu pada Selasa lalu.

Aisya, 24, yang pernah membintangi drama Romi Cinta Julia ini berkata, dia mengalami luka-luka pada bahagian kaki manakala ligamen tangan kanannya terkoyak. Kemalangan itu juga memerlukan dia melakukan rawatan fisioterapi.

"Bagi karekter dalam drama ini saya perlu membawa motor, namun sebenarnya saya tidak pandai, jadi saya belajar dahulu dan bawa berjalan-jalan untuk biasakan diri. Bagaimanapun, selepas itu saya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam sebuah longkang berhampiran.

"Pihak produksi terus bawa saya ke klinik berhampiran dan Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku, cuma ligamen tangan kanan saya terkoyak dan saya perlukan rawatan fisioterapi," katanya .

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .