» » 1,822 Rakyat Palestin Terbunuh Setakat Ini Akibat Keganasan Israel


Seramai 10 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel menerusi Genting Gaza pada awal pagi Isnin menjadikan jumlah kematian akibat konflik antara Israel dan Hamas sejak empat minggu lalu meningkat kepada 1,822 orang, kata sumber perubatan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, lima orang terbunuh di Jabalia di utara, tiga di Zeitun dan Sheikh Radwan dekat Bandar Gaza, seorang di Nuseirat di tengah Gaza, dan seorang kanak-kanak terbunuh di selatan Gaza di bandar Rafah.

Tentera Israel telah mengadakan serangan di 4,686 sasaran di Genting Gaza sejak konflik itu bermula pada 8 Julai lalu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .