» » Ziana Zain tetap bergaya dengan tudung


Hari ini penyanyi Ziana Zain muncul kali pertama dalam majlis bersama produk Safi Rania Diamond.

Ziana yang sememangnya ikon fesyen tu tetap anggun dan bergaya. Hari ini dia bergaya dengan seluar dengan hitam jadi warna pilihan.

Majlis Syawal Berlian Safi Rania Diamond tersebut diadakan di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.

“Saya belum lagi fikir mahu tampil dengan gaya tudung Ziana Zain. Sekarang saya masih baru bertudung dan masih mencari gaya tudung yang sesuai.

“Saya juga ada bincang dengan pereka baju saya untuk hasilkan fesyen yang sesuai dengan diri saya sekarang.


“Saya percaya kepada pereka saya sebab mereka faham kehendak saya,” kata Ziana.

Peminat-peminat yang teruja melihat perubahan Ziana,46, yang berhijrah pada tarikh Nuzul Quran baru-baru ini.

Dia menganggapnya sebagai nikmat terbesar yang diperolehi pada Ramadan kali ini.

Majlis ilmu tersebut bersama warga ATM. Ziana berkongsi rahsia kecantikan bersama warga wanita ATM.

Ziana berkongsi keterujaannya menggunakan range baru Safi Rania yang memiliki texture yang sama dengan produk mahal keluaran luar negara.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .