» » Warner Music Terbit Album 15 Senandung Aidilfitri


Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Warner Music Malaysia mengambil inisiatif dengan menerbitkan album khas berjudul 15 Senandung Aidilfitri.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy berkata, sebanyak 15 buah lagu dimuatkan termasuklah dua buah lagu baharu iaitu Salam Aidilfitri nyanyian Soo Wincci dan Syawal Tanpamu oleh NtahSape2Ntah.

"Setiap tahun, pihak kami mengambil inisiatf menerbitkan album kompilasi yang menampilkan lagu-lagu Raya terbaik buat para penggemar muzik tempatan.

"Untuk tahun ini, lagu-lagu yang dibawakan dalam album kebanyakannya dibarisi barisan penyanyi-penyanyi muda," katanya.

Darren ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran album 15 Senandung Aidilfitridi Hotel Hilton di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu tambah Darren, album tersebut turut menampilkan lagu-lagu terbaik sepanjang zaman nyanyian Datuk Jamal Abdillah iaitu Salam Aidilfitri dan Memori Hari Raya, Feminin (Kurniaan Di Hari Raya) serta Ajai (Rindu Di Aidilfitri).

"Saya percaya, album kompilasi pasti akan menarik ramai peminat kerana setiap lagu akan membawa nostalgia tersendiri bagi setiap orang yang mendengarnya," ujar Darren.

Antara lagu-lagu lain yang turut dimuatkan dalam album tersebut ialah :

- Hadirkanku Di Ingatan - Hafiz
- Tak Pisah Kenangan - Awie
- Pulang - Maya Karin
- Warkah - Hafiz , Akim , Aznil Nawawi , Aril
- Bayangan Ilham - Akim , Nera , Ray
- Bersama-Sama - Erul , Ema
- Hari Yang Kunanti  - Hazama, Adira , Dina
- Eratkan Jalinan - Aril , Fina , Krill , Dina
- Ramadan dan Syawal - Adibah Noor

Bagi peminat lagu-lagu Hari Raya , 15 Senandung Aidilfitri boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM23.90.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .