» » Wan Azizah sedia pegang jawatan MB Selangor


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan kesediaannya memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu berkata beliau akan menurut keputusan dan amanah parti berhubung perkara itu. PKR memutuskan supaya Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Dr Wan Azizah berkata jawatan itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan menganggap ia sebagai satu ujian.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis tahlil dan sumbangan zakat kepada anak yatim bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Permatang Nibong, Pulau Pinang.

Sementara itu, Anwar berkata PKR memutuskan untuk menggantikan Khalid tetapi beliau mahu mengekalkan jawatannya kerana beranggapan mendapat sokongan pihak tertentu.

Ketika ditanya tentang sokongan PAS terhadap Khalid, Anwar berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin PAS tetapi setakat ini tiada petunjuk bahawa parti itu akan keluar daripada Pakatan Rakyat disebabkan isu itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Khalid dengan berkata bahawa beliau perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .