» » Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat tengah hari ini


Kawasan yang mencatat kualiti udara tidak sihat meningkat kepada tujuh kawasan setakat tengah hari ini, berbanding empat kawasan pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) selain Sibu yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) 188, Pelabuhan Klang (144), Kuala Selangor (118) dan Tanjung Malim (103), tiga lagi kawasan ialah Sri Aman (109), Samarahan (104) dan Shah Alam (102).

Sebanyak 40 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Pasir Gudang (51), Alor Setar (58), Tanah Merah (79), Bandaraya Melaka (59), Seremban (68), Perai (54), Kota Kinabalu (59) dan Kuching (84).

Empat kawasan mencatatkan IPU baik iaitu Kota Tinggi (32), Langkawi (28) serta dua kawasan di Sabah iaitu Sandakan (40) dan Tawau (45).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .