» » Tiz Zaqyah Elak Terima Watak Menangis


Pelakon Tiz Zaqyah akan mengelak untuk mengambil sebarang tawaran lakonan yang memerlukan dia kerap menangis.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata sudah tiba masanya untuk dia mengembangkan bakatnya dengan watak-watak lain kerana sudah penat untuk memabwa watak yang memerlukan dia mengeluarkan air mata sepanjang masa.

"Memang sejak dahulu lagi saya mendapat watak cerita-cerita sedih dan cinta. Kalau boleh saya mahu elak untuk mendapat tawaran-tawaran seperti itu.

"Cukuplah rasanya, dari dulu sampai sekarang asyik watak jiwang saja. Bukannya saya tidak bersyukur dengan rezeki yang datang, tetapi saya penat nak menangis dan terlalu beremosi," katanya kepada mStar Online.

Tambah pelakon drama Kusinero Cinta itu, dia berharap ada pihak penerbit yang sudi memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas watak-watak seperti perempuan jahat atau gangster.

Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.

Katanya, menerusi syarikat itu, dia mahu cuba mengubah persepsi masyarakat mengenai kebaikan aktiviti-aktiviti kegemaran golongan muda yang antaranya seperti bermain 'skateboard' dan melukis grafiti di mana ia boleh menjadi satu hobi yang sihat.

"Sebenarnya banyak aktiviti golongan belia sekarang ini tidak disokong kerana kebanyakan ibu bapa risau ia boleh membawa keburukan. Tetapi saya mahu menunjukkan apa yang mereka buat ini bukan sahaja boleh jadi sebagai hobi tetapi boleh menjadi satu kerjaya.

"Selain itu, KL Calling juga menjual kemeja-T dan cenderahati di bazaar-bazaar sebagai perkenalan jenama dan sebahagian wang jualan akan disalurkan ke Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Tengku Ampuan Rahimah (RECTAR)

"Secara tidak langsung saya turut berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat menerusi bantuan amal ini," ujarnya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .