» » Tengku Alang Reza Ibrahim luah kepiluan atas pemergian Soosalu


Kerabat diraja Johor Tengku Alang Reza Ibrahim , kekasih kepada model Estonia yang sedang disiasat polis punca kematiannya di Pulau Rawa, Mersing, yang berdiam diri sehingga Selasa akhirnya membuka mulut.

Menulis di Facebook, beliau menggambarkan pemergian Regina Soosalu itu sebagai “tragedi terburuk dalam hidupnya”, lapor The Star.

“Regina kasihku telah pergi pada 1 Julai, dalam bulan mulia Ramadan. Dia cintaku, sahabat sejatiku dan akan terus menjadi inspirasi untuk seluruh hidupku.


“Hatinya penuh keagungan, kasih sayang dan belas ihsan untuk semua makhluk dan kehidupan itu sendiri.

“Tiada kata boleh meluahkan kekosongan dan keperitan hatiku. Tak perlu ucapan selamat tinggal. Sehingga kita berjumpa lagi my baby, kau selalu di hatiku,” tulis Tengku Alang di Facebook, seperti dilaporkan The Star.

Harian berbahasa Inggeris itu hari melaporkan, polis kini menyiasat sama ada Soosalu dibunuh setelah pada mulanya disangka mati lemas.

Polis mempertimbang untuk meneliti kemungkinan ia satu kes bunuh dan mengelaskan kes itu bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kesan luka "meragukan" pada tubuhnya.

Enam individu ditahan untuk membantu siasatan tetapi polis masih belum memanggil teman lelakinya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .