» » Tak kira apa orang kata, Maya Karin tetap sokong Jerman


PASTI ramai tidak sabar menunggu perlawanan akhir Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung pada pagi nanti dan antara yang turut merasai bahangnya ialah pelakon Maya Karin.

Maya yang ditemui pada majlis berbuka puasa Warner Music dan pelancaran album ’15 Senandung Aidilfitri’ bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, pada Jumaat tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila pasukan negara kelahirannya, Jerman berjaya memasuki peringkat akhir Piala Dunia.

“Saya memang akan sokong Jerman tidak kira apa orang nak kata.

"Semasa perlawanan Jerman menentang Brazil tempoh hari saya menonton bersama dengan tiga orang rakan dan sebaik sahaja Jerman menjaringkan gol yang pertama saya berasa begitu gembira.

"Kemudian apabila mereka berjaya menjaringkan gol seterusnya dalam masa yang singkat saya jadi tak keruan dan berlari keliling rumah, rasa macam tak percaya!” katanya ketawa.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai ramalannya, Maya memberitahu peluang untuk Jerman menjuarai Piala Dunia adalah 50-50 memandangkan pasukan lawannya iaitu Argentina tidak boleh dipandang remeh.

“Kalau nak buat ramalan tu saya rasa tak boleh sebab pasukan lawan pun agak kuat… Jadi kita tidak boleh terlalu yakin kerana macam-macam boleh berlaku pada malam final nanti.

“Berdebar juga nak tunggu malam final nanti, saya harap pasukan Jerman dapat jadi juara.” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Agaknya pasukan mana yang bakal menjuarai Piala Dunia 2014 pagi ini ya? Jerman atau Argentina?

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .