Ramai ibu bapa juga masyarakat kita cuba mengelak bercakap hal berkaitan seks dengan anak ataupun individu yang jauh lebih muda iaitu kanak-kanak, rasa malu dan menganggap isu ini hanya sesuai orang dewasa menyebabkan mereka sering berkias apabila persoalan ini diajukan.
Malah, ada yang menakutkan anak/kanak kanak dengan memberi penjelasan yang bukan-bukan. Misalnya, kemaluan boleh busuk apabila disentuh atau bercium boleh menyebabkan penyakit. Cukup-cukuplah!
Kerana penjelasan yang dangkal dan sikap ibu bapa/masyarakat yang sebegini menjadi antara faktor meningkatnya hubungan seks bawah umur. Kenapa? Kerana anak-anak zaman globalisasi semakin berani.
Berani untuk meneroka, berani mencuba dan berani menghayati. Macam-macam benda menarik minat mereka, apatah lagi yang berkaitan dengan seks.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang! Soalan saya di sini, adakah kamu iaitu InTrenders (iaitu ibu,ibu saudara, sepupu, kakak dan ramai lagi), bersikap terbuka membincangkan hal seksual dengan anak/kanak-kanak? Atau mungkin kamu berfikiran konservatif, menganggap isu ini terlalu sensitif untuk dibicarakan terus-terang?
Sikap keterbukaan perlu ada pada setiap individu terutamanya ibu bapa jikalau kamu mahu melihat ‘budaya tidak sihat’ yang melanda anak-anak remaja zaman sekarang diatasi sebaik-baiknya. Anak sekarang kian bijak.

Jika kamu tidak memberitahu mereka hal sebenar, mereka boleh mendapatkannya daripada sumber lain. Jadi, lebih baik berterus-terang. Namun pendekatannya biarlah bersesuaian.
Kanak-kanak perlu diberikan penjelasan sejelas-jelasnya untuk mengelakkan kekeliruan. Misalnya, pendidikan seks bukan mendidik anak bagaimana hubungan seks dilakukan.
Pendidikan seks berteraskan kesihatan – fungsi badan atau pentingnya menjaga/memelihara alat seksual badan. Penjelasan sepatutnya secara objektif dan
Peraturan Di Rumah Menghindari Perkara Yang Tidak Diingini Berlaku
● Pastikan anak tidak nampak perkara yang dilakukan ibu bapa (melakukan hubungan intim).
● Jangan biarkan barang peribadi seperti video, cakera padat atau majalah lucah diletakkan merata-rata. Dan sebaik-baiknya jangan menyimpan bahan seperti ini di dalam rumah.
● Jangan biarkan anak remaja tidur sebilik bersama ibu bapa. Waktu kecil tidak mengapa tetapi jika boleh berbeza katil.
● Pastikan bilik berkunci.
● Anak perempuan dan lelaki juga perlu diajar mengetuk pintu sebelum masuk bilik ibu bapa atau bilik sesiapa sahaja. Sikap hormat menghormati itu penting.
● Tanamkan etika memelihara diri sendiri daripada perbuatan maksiat kerana itu merupakan sesuatu yang paling berharga.
● Memberikan perhatian akan kemampuan anak di bidang olahraga dan menyibukkan mereka dengan pelbagai aktiviti.
● Kawal penggunaan internet di rumah supaya anak- anak tidak berpeluang langsung melayari laman-laman pornografi. Misalnya, ibu bapa boleh ‘mengunci’ laman web tersebut agar tidak boleh diakses oleh anak-anak.
sumber

No comments: