» » 'Saya tiada kuasa sekat iklan lama'


Penyanyi dan duta produk Safi Rania Diamond, Ziana Zain kini dah berhijah sepenuhnya. Dia mengambil keputusan itu pada hari Nuzul Quran baru-baru ini.

Namun dalam iklan Safi Rania Diamond yang menampilkannya, Ziana ditampilkan dalam imej lamanya. Bagaimana penerimaan Ziana dengan perkara itu?

“Itu iklan lama, saya tak ada kuasa untuk memberhentikannya. Lagipun tempahan untuk siaran sudah dibuat awal. Biarlah past is past,” kata Ziana.


Namun imej Ziana bertudung ada juga digunakan dalam kempen cetak. Malah pada majlis Safi Rania Diamond dengan Angakatan Tentera Malaysia baru-baru ini, digunakan imej Ziana yang lengkap bertudung.

“Sebenarnya semasa membuat fotografi tu, pihak kami memang ada buat fotografi khusus Ziana bertudung untuk tujuan kempen di negeri Kelantan. Bila Ziana bertudung sekarang ini kami gunalah gambar tersebut,” kata publicist daripada syarikat perhubungan awam yang dilantik oleh Safi, Ilya Qastalani.


Ilya menambah sekiranya ada kempen iklan TV baru untuk Safi Rania Diamond sudah pasti pihak pengeluar tiada sebarang masalah untuk menampilkan imej Ziana yang berhijab.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .