» » 'Rizalman tidak akan dihantar ke NZ buat masa ini'


Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin hari ini mengesahkan, Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail tidak akan dihantar semula ke New Zealand dalam waktu terdekat.

Memetik laporan media, diplomat Malaysia itu juga dipercayai masih lagi dirawat di Hospital Tentera Tuanku Mizan bagi meneruskan penilaian tahan kesihatan mental dan emosinya.

"Jadi keputusannya, kita akan mengembalikan dan menghantar pegawai waran ini ke New Zealand apabila keadaan sesuai dan semua keperluan yang dibincang dipenuhi," kata Zulkefli kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Aidilfitri kepada Kotinjen MALBATT 850-1.

"Ia bukan mengenai masa. Kami juga tidak tahu bila, tetapi percaya, dia (Rizalman) akan dihantar nanti," katanya.

"Seperti yang dimaklumkan, Rizalman tidak bersalah sehingga terdapat bukti yang menyatakan dia bersalah. Seperti juga menteri (Datuk Seri Hishammuddin) katakan semalam, masyarakat diminta jangan membuat hukuman sendiri," katanya lagi ketika sidang media di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Rizalman didakwa melakukan serangan seksual kepada seorang wanita berusia 21 tahun di New Zealand pada Mei lalu.

Dia bagaimanapun pulang ke Malaysia menggunakan imuniti diplomat.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .