» » Rafizi dakwa surat bukti peranan menteri dalam pinjaman Deepak


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan dokumen yang didakwanya membuktikan penglibatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam hal pengurusan Bank Rakyat.

Rafizi juga mendakwa bahawa dokumen itu menunjukkan layanan istimewa yang diberi kepada peniaga permaidani Deepak Jaikishan oleh bank berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini di Pusat Pemantauan dan
Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Rafizi berkata 13 dokumen yang diberikan kepada NOW, melibatkan surat rasmi serta memo dalaman antara Bank Rakyat dan Hasan (kiri).

Dokumen-dokumen itu menunjukkan besarnya jumlah hutang Deepak dengan Bank Rakyat, kata Rafizi yang juga MP Pandan yang berjanjikan akan mendedahkan lebih banyak lagi dokumen berhubung perkara itu dalam hari-hari yang akan datang.

Ketika dihubungi kemudian, Hasan memberitahu Malaysiakinibahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan itu selepas membincangkannya dengan pihak yang berkenaan.

Dokumen yang ditunjukkan hari ini adalah merupakan surat yang kononnya dari Hassan kepada pegawai tinggi bank tersebut supaya layanan istimewa diberi kepada Deepak.

Surat itu juga menyatakan bahawa satu pertemuan berlangsung di antara Hasan, pegawai Bank Rakyat dan Deepak pada 30 Januari tahun ini.

Surat itu juga menggesa Bank Rakyat supaya menangguhkan sebarang tindakan undang-undang yang hendak diambil terhadap Deepak dan supaya baki hutang sebanyak RM32 juta dibayar melalui ansuran bulanan sebanyak RM270,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .