Diskaun tersebut akan ditawarkan untuk semua kenderaan yang menggunakan lebuh raya kendalian PROLINTAS – Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun ini dari pukul 6 pagi pada hari Isnin, 28 Julai 2014 hingga 6 pagi pada hari Selasa, 29 Julai 2014.
“PROLINTAS sekali lagi menawarkan diskaun tol kepada semua pengguna-pengguna lebuh raya kami seperti lazimnya pada setiap perayaan utama. Pemberian diskaun ini termasuk di dalam aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial PROLINTAS,” kata YBhg Datuk Ir. Zainudin A. Kadir, Ketua Eksekutif Kumpulan, PROLINTAS.
“Kami berharap pengguna-pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan mereka dan berhati-hati sempena musim perayaan ini.”
Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman web kami di www.prolintas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai PROLINTAS.
PROLINTAS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014.
sumber
No comments: