» » PKR dedah surat campur tangan Putrajaya dengan hutang Deepak


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti dokumen wujud campur tangan Putrajaya dalam pentadbiran kewangan Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan ahli perniagaan permaidani kontroversi, Deepak Jaikishen daripada hutangnya yang berbaki RM32 juta.

Surat rasmi kerajaan yang ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek itu dituju kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengenai pinjaman berjangka syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd.

Hasan dalam surat itu mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak berkuatkuasa serta merta.

Manakala baki pembiayaan sebanyak RM32.2 juta akan diselesaikan melalui bayaran bulanan sebanyak RM270,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun atau sehingga selesai, yang mana terdahulu.

"Bayaran bulanan akan dibuat melalui 120 keping cek 'post dated' berjumlah RM32.4 juta berkuatkuasa Januari 2014.

"Tindakan undang-undang akan diteruskan sekiranya cek 'post dated' tersebut gagal dilunaskan," kata Hasan dalam surat tersebut.

Katanya, perkara itu dipersetujui selepas perbincangan diadakan di pejabat Malek di Putrajaya pada 30 Januari lalu antara Naib Presiden Kanan (SVP) Perbankan Korporat Abdul Razak Abu Bakar, Mustafha sebagai wakil Bank Rakyat, dengan peminjam iaitu Deepak dan Rajesh.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .