» » 'Perjuangan Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris belum selesai'


Sejak enam tahun lalu, Datin Noor Azimah Abdul Rahim menggesa Putrajaya untuk mengembalikan Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah kebangsaan.

Walaupun polisi itu digantikan pada 2009 untuk "memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Noor Azimah menegaskan perjuangan beliau masih jauh.

Sebaliknya, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) berusia 53 tahun itu berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula PPSMI di sekolah.

"Tidak, saya tidak fikir perjuangan kami belum selesai. Saya rasa sudah tiba masanya kita lakukan semula.

“Polisi itu dimansuhkan dan digantikan dengan MBMMBI kerana kerajaan merasakan lebih penting untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris sebelum melaksanakan PPSMI," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kita ada kohort pertama pelajar PPSMI kini darjah 4, MBMMBI, terutamanya bahagian bahasa Inggeris perlu lakukan yang terbaik, atau kita akan dengar rungutan dari pihak sekolah dan guru.

"Jadi, dengan itu, jika ia benar-benar berjaya, kemudian kita perlu lihat semula memperkenalkan PPSMI pada 2017 – ketika pelajar itu memasuki tingkatan 1.”

Noor Azimah, ibu kepada empat anak dan bekas akauntan, menjelaskan, generasi pertama produk PPSMI (mereka yang mula belajar Sains dan Matematik dalam English bermula tingkatan 1 pada 2003) keluar sebagai pendidik tahun ini.

"Ianya disahkan kementerian kepada saya tapi mereka tidak dedahkan buat masa ini. Generasi guru ini percaya mereka aset kepada kerajaan, saya juga berasa sedemikian.

"Kita perlu menjadikan mereka modal. Sebelum ini, mereka kata mereka tiada guru untuk mengajar subjek bahasa Inggeris. Dalam jangka panjang, saya rasa kita perlu melihat pembentukan guru daripada produk PPSMI," katanya.

Beliau mencadangkan, guru-guru ini, perlu dihantar ke sekolah-sekolah subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

"Jika tidak, usaha itu sia-sia."

Page ditubuhkan pada 2008 mewakili ibu bapa, menyuarakan bantahan mereka kepada kerajaan yang mahu menukarkan medium pengajaran kepada bahasa Melayu untuk Matematik dan Sains.

"Ia sudah dalam perbincangan meja bulat kali kedua (sama ada meneruskan PPSMI) dan saya sedar suara ibu bapa tidak didengari. Ada ibu bapa persendirian di meja bulat itu tapi tiada struktur yang lengkap untuk mewakili ibu bapa," katanya.

"Dan kami merasakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) gagal mewakili kami dalam perkara yang mustahak."

Beliau turut mengakui pengumuman memansuhkan PPSMI pada 2009 merupakan tamparan buat Page, yang turut mengeluarkan kelebihan meneruskan PPSMI kepada Kementerian Pendidikan.

"Kami dijemput kementerian untuk menerangkan kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris dan menerima sambutan yang menggalakkan," katanya.

"Namun sedihnya, kita sangat baik memperkenalkan polisi tapi tidak pelaksanaan. Macam polisi lain, kita perlu tunggu sehingga 13 tahun untuk melihat hasilnya. Enam tahun tidak cukup.”

Menyuarakan kekecewaan mereka dengan penghapusan PPSMI, Noor Azimah dan separuh ahli Page mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah kerajaan dan mendaftarkan mereka di sekolah swasta dan antarabangsa.

Beliau sendiri menghantar anak lelakinya di sekolah swasta dan anak perempuannya masih lagi di Tingkatan 5 sekolah kebangsaan. Dua anaknya lagi kini menuntut di universiti.

Noor Azimah, yang dituduh anti nasionalisme dan pengkhianat bahasa, memberi amaran, Malaysia ketinggalan berbanding negara lain dalam pertuturan bahasa Inggeris.

"Pada 2009, mereka kata bahasa kebangsaan digugat oleh PPSMI ketika demonstrasi.

"Namun pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan PPSMI tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan, tidak bertentangan Seksyen 153 Perlembagaan Persekutuan, dan Akta Bahasa Kebangsaan," katanya.

"Sejak itu, kita sedar kita ketinggalan dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya rasa perdebatan meminggirkan bahasa kebangsaan tidak lagi terpakai," katanya.

Beliau mengakui, sokongan keluarga, termasuk suaminya membantunya menyuarakan pendiriannya terhadap PPSMI.

"Suami dan saya diajar dalam bahasa Inggeris waktu dulu. Jadi kami tahu betapa pentingnya. Ia untuk anak-anak kita supaya tidak ketinggalan," katanya.

Mereka yang membantah PPSMI percaya, kadar literasi bahasa Inggeris boleh ditingkatkan melalui Matematik dan Sains," katanya.

"Sudah tentu tidak boleh belajar bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik. PPSMI diperkenalkan. Dengan objektif mendapatkan ilmu dalam bahasa Inggeris.

"Dan objektif keduanya untuk membolehkan penggunaan bahasa Inggeris yang dipelajari di sekolah ke dalam Matematik dan Sains.

"Sekarang kita perlu pilih semula dan memerlukan masa serta wang pembayar cukai," katanya.

Beliau bagaimanapun percaya, kebanyakan ibu bapa lebih suka mendiamkan diri dalam isu ini dan percaya kerajaan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

"Majoriti senyap ini terlalu senyap. Saya rasa mereka takut untuk tampil ke hadapan kerana khuatir anak-anak mereka menjadi mengsa atau dikenakan tindakan oleh sekolah.

Beliau berkata, Page lebih fokus kepada polisi kerajaan melibatkan pendidikan berbanding melakukan aktiviti awam.

"Kami ditanya kenapa kami tidak mempunyai aktiviti namun kami enggan terlibat dalam perkara itu dan memenatkan kami.

Kemudian hilang fokus apa yang kami benar-benar ingin laksanakan.”

Keberaniannya tidak hilang, beliau kini menerima jemputan menemui penggubal dasar berkenaan isu pendidikan dan bercakap dalam forum pendidikan.

"Kami (Page) sudah jauh berjalan sejak ditubuhkan pada 2008," katanya.

"Kami akan terus mengganggu kerajaan dan menekan mereka," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .