» » Penjaga Gol Gantian, Tim Krul Hero Belanda


KEPUTUSAN jurulatih Belanda, Louis van Gaal membuat pertukaran penjaga gol pada minit ke-118 dalam perlawanan suku akhir Piala dunia awal pagi Ahad merupakan sesuatu yang mengejutkan.

Jasper Cillessen ditukarkan dengan Tim Krul ketika masa sampai ke kemuncak dan keputusan perlawanan perlu ditentukan menerusi sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Bagaimanapun tindakan Van Gaal memperjudikan moral Krul yang beraksi dalam permainan selama dua minit sebelum berdepan sepakan penalti membuahkan hasil.

Media Brazil menggambarkan Van Gaal seakan telah mengetahui sepenuhnya rentak permainan.

Pertukaran atau tindakan memperjudikan pasukan di minit akhir membawa hasil walaupun kesebelasan utama gagal menjaringkan gol selama 120 minit beraksi.

Pujian turut diberikan kepada Robin van Persie, Wesley Sneijder, Arjen Robben dan Dirk Kuyt yang tidak henti membuat serangan bagi memastikan negara mereka dapat ke peringkat separuh akhir.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .