» » 'Pendidikan holistik keutamaan untuk capai negara maju'


Pendidikan holistik harus menjadi keutamaan jika Malaysia mahu mencapai status negara maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam Malaysia mengejar cita-cita mencapai tahap persaingan global, kita juga harus bersungguh-sungguh menimbangkan dan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan pembentukan peribadi positif pelajar kita di semua peringkat masyarakat untuk melahirkan sebuah masyarakat yang lengkap menepati kehendak sebuah ekonomi maju yang mampan," katanya dalam catatan terbaharu Facebook beliau hari ini.

Najib merujuk kepada berita bertajuk 'PT3 Spurs Students to Excel in Chosen Fields' (PT3 Dorong Pelajar Cemerlang Dalam Semua Bidang) yang disiarkan sebuah akhbar dalam talian hari ini mengenai peperiksaan pertama di bawah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bermula hari ini.

Menurut laporan itu, sistem PT3 merupakan langkah positif ke arah membentuk pelajar bertaraf dunia dengan perwatakan contoh kerana pelajar dilatih untuk membina kemahiran diri termasuk kemahiran berkomunikasi yang penting dalam dunia maju hari ini.

"Selamat maju jaya kepada para pelajar kumpulan pertama yang menjalani Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) hari ini! Malaysia sedang menuju ke arah membentuk pelajar serba boleh bertaraf dunia," kata Najib.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .