Namun permainan ‘cold war’ ini berubah langkah apabila Soviet Union runtuh dan Russia menjadi persekutuan (federation) dan negara-negara bawah kuasa Soviet menuntut autonomi.
Begitu juga salah satu negara yang besar terbentuk di bawah keruntuhan ini iaitu Ukraine. Ukraine yang memiliki tapak senjata nuklear ketiga terbesar semasa era Soviet Union bersetuju untuk menyerahkan dalam program perjanjian penyahan senjata nuklear dengan syarat ia diberi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.
Ukraine memilih untuk berkiblatkan ke arah Amerika yang sangat memerlukan negara yang menjadi proksinya untuk mengawasi kebangkitan semula komunisme.
Kebangkitan semula Russia
Vladimir Putin bagi warga keturunan Russia adalah simbol kebangkitan dan presiden Russia itu tidak ada pilihan untuk membangkitkan semangat Russia melainkan ia perlu menunjukkan taringnya dan kali ini Ukraine menjadi mangsanya.
Penjajahan Semenanjung Crimea yang terletak di Timur Ukraine adalah isyarat kebangkitan Russia yang sudah mula menunjukkan dasar penjajahan baru.
Amerika tidak selesa kerana khuatir kemenangannya menguasai Eropah Timur akan terjejas dengan kebangkitan penjajahan baru Russia. Russia membekalkan senjata kepada pemberontak Ukraine berbangsa Russia untuk melemahkan kedudukan Ukraine.
Ia seolah pengistiharaan perang ke atas Amerika dan kuasa NATO. Apakah peperangan baru era Putin akan meledak?
Mengapa MH17?
Sukar untuk menjawab persoalan ini sepertimana sukar untuk menjawab ke mana hilangnya MH370. Tetapi yang pasti Malaysia dijadikan umpan untuk perang kuasa besar supaya Amerika ada mempunyai alasan yang ‘kuat’ untuk campur tangan ke atas Ukraine.
Rakyat Malaysia sebenarnya tidak peduli siapa yang menembak MH17 dan tidak berminat dalam ‘blame game’ ini, kita lebih utama memikirkan siapa sahaja yang melakukan kejahatan ini jika benar ia ditembak adalah binatang dalam topeng manusia, mereka tidak berhati-perut untuk menjadikan kapal terbang awam sebagai bidikan.
Dunia mengutuk dalam kegilaan kuasa besar mencatur bidak-bidak mereka termasuk Belanda yang mencatat mangsa paling ramai yang terkorban.
Kutuk kuasa besar
Ia adalah mainan kuasa besar yang bernafsu untuk membuka medan perang baru setelah mereka merosakkan Palestin dan menghancurkan Gazza saat artikel ini ditulis.
Malaysia perlu berdiri dengan penuh maruah untuk tidak mengambil pihak dalam perang gila ini dan mengutuk Amerika dan Russia kerana mengheret Malaysia dalam peperangan mereka.
Buat masa ini keutamaan adalah memastikan mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga masing-masing sementara dunia menantikan jawapan dalam kotak hitam untuk menentukan samada MH17 telah ditembak atau tidak.
Bagi rakyat Malaysia esok adalah sidang khas Parlimen untuk seluruh negara mendapat penjelasan awal dan supaya ahli Parlimen mendapat peluang untuk berbahas.
Saya yakin kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia akan bersetuju sebulat suara dengan usul Perdana Menteri kerana ia adalah soal maruah dan harga diri sebuah negara, sepatutnya tidak ada siapa yang perlu mempertikaikannya.
Malaysia berkabung kuasa besar pula bertembung...
No comments: