» » MB Selangor umum Bonus Hari Raya 2014 SEBULAN GAJI


Selangor memutuskan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Aidilfitri akan datang,

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco hari ini bersetuju memperuntukkan RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan itu kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan.

Pemberian bonus itu akan diberikan sebelum Aidilfitri.

"Keputusan pemberian bonus sebulan gaji ini turut dipanjangkan kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat kerajaan Negeri.

"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan kewangan dan keputusan ahli lembaga pengarah syarikat masing-masing," kata Abdul Khalid kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemberian bonus itu berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .