Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kontroversi yang melanda?
Ramai yang tidak faham berkenaan isu cetak rompak dan rampasan ini. Fareeda mula mendaftarkan kesemua rekaannya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 2009 lagi. Namun, baru kini kami membuat laporan dan KPDNKK sendiri yang melakukan rampasan itu. Kami bayar untuk setiap rekaan yang kami daftarkan itu demi melindungi rekaan kami. Lama kami biarkan isu ini sebenarnya. Namun, semakin kami diamkan, orang ini semakin berani dan terang-terangan pula menggunakan model dan iklan Fareeda untuk mempromosikan produk tiruan mereka. Ini sudah melanggar hak cipta kami. Ramai kata kami sudah mengaut keuntungan besar, sedangkan mereka tidak tahu berapa pula kos yang kami keluarkan? Bagaimana pula dengan individuindividu ini yang hanya bersenang-lenang meniru sahaja rekaan kami tanpa mengeluarkan kos selain hanya melakukan cetakan murah di negara jiran? Mereka ini yang sebenarnya lebih banyak mengaut untung tanpa perlu bersusah-payah! Ada yang kata kami menutup periuk nasi orang, sedangkan apa yang kami lakukan ini juga demi menjaga periuk nasi staf Melayu Islam yang bekerja dengan Fareeda secara halal. Kami tidak kisah untuk bersaing dalam perniagaan tetapi biarlah ia satu persaingan yang sihat.
Apa pengajaran yang Mawar dapat menerusi kontroversi ini?
Alhamdulillah, saya laluinya dengan baik. Saya sudah lali dengan kecaman dan dugaan seperti ini. Sebenarnya, saya pernah lalui ujian yang lebih besar sebelum ini. Saya katakan besar kerana ia dilakukan oleh orang dalam sendiri. Jadi, apabila saya dikecam pula oleh orang luar yang tidak tahu apa-apa, saya rasa ia asam-garam dunia perniagaan dan kehidupan. Biasalah, semakin kita menuju ke depan, semakin ramai yang mengecam.
Bagaimana Mawar melihat seseorang wanita itu cantik apabila berhijab?
Wanita bertudung memang nampak lebih cantik. Saya sendiri amat suka melihat wanita Arab walaupun yang bertudung dan berjubah serba hitam. Lagi mereka berlindung, lagi kita mahu tengok muka mereka. Kalau perempuan mat salleh tu buka macam mana pun, kita dah tak hairan nak tengok, kan? Bagi saya, mereka nampak lebih mahal, manis dan terpelihara. Paling penting, kerana berhijab itu wajib.
Apa pendapat Mawar tentang wanita yang hanya menjaga hijabnya tetapi hati dan mulut tidak dipelihara?
Bertudung itu wajib. Tentang dia tidak menjaga hati dan mulut, kita berharaplah satu hari nanti dia akan berhijrah sama dengan hijrah menutupi auratnya itu juga. Apa pun, penghijrahan ke arah yang positif itu patut dipuji. Jangan cakap, walaupun tak bertudung, tapi saya bersolat atau sebagainya kerana apa yang sudah dikatakan wajib itu, wajarlah dibuat. Insya-Allah, apabila kita bertudung, lambat-laun sikap kita pun akan terikut dilindungi juga kerana kita tahu apabila kita mahu melakukan sesuatu yang salah, kita teringatkan tudung yang kita pakai, kita akan berfikir dua kali.

No comments: