United telah pun mengadakan rundingan bersama ejen Vida sejak beberapa hari lalu dan sebuah akhbar Chile, La Tercera melaporkan bahawa perjanjian itu kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan pemain itu.
Akhbar berkenaan melaporkan bahawa perjanjian bernilai £32 juta (RM174.54 juta) termasuk dengan perpindahan Patrice Evra ke Juventus, akan dimuktamadkan selepas Piala Dunia.
Louis van Gaal akan menjadikan Vidal sebagai perpindahan masuk ke pasukannya yang pertama selepas dilantik sebagai pengurus Manchester United.
Vidal ketika ini sedang bercuti tetapi dilaporkan sudah bersedia untuk ke England .
sumber
No comments: