» » Kumpulan anti TPPA dedah bahaya bakal dihadapi rakyat Malaysia


Sebuah buku mengenai kesan yang bakal dihadapi negara yang menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan dilancarkan esok.

Buku tersebut dihasilkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan bertujuan memaklumkan orang ramai mengenai bahaya perjanjian bebas tersebut.

"Kami di Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ingin membantu memaklumkan kepada orang ramai tentang bahaya yang terkandung di dalam perjanjian TPP yang sedang dirundingkan oleh 12 negara TPPA," kata Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar hari ini.

Buku berjudul "TPPA: Malaysia is not for sale" tersebut mempunyai 120 mukasurat dan akan mendedahkan pelbagai rahsia di sebaliknya.

"Buku 120 halaman ini juga bertindak sebagai input rasmi kami kepada kerajaan sebelum mereka mengeluarkan laporan interim analisis kos faedah (CBA) yang sehingga kini masih belum diterbitkan," kata Nizam.

Antara topik dibincangkan secara terperinci termasuk bab penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS), kesan ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan juga 75 garis merah.

"Kami juga ingin tekankan bahawa ianya sesuatu yang 'lepas tangan' bagi kerajaan apabila tanpa rasa ragu-ragu memberitahu rakyat Malaysia bahawa manfaat TPPA melebihi kos tanpa menyelidik mana-mana laporan yang lengkap dan merujuk kepada pihak berkepentingan untuk maklum balas sewajarnya," kata beliau.

Buku tersebut akan dirasmikan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian ramai pihak, antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga pembangkang.

TPPA merupakan inisiatif membentuk kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei pada Oktober 2010 lalu.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .