» » K'jaan Ukraine sahkan MH17 terkena tembakan


Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko mengesahkan bahawa pesawat MH17 terkena tembakan peluru berpandu dan terhempas berhampiran Torez.

Menurut Bloomberg, Gerashchenko menyatakan ini di Facebook beliau.

Laporan mendakwa pesawat Malaysia itu, yang membawa 295 orang, jatuh di wilayah ketenteraan di mana tentera kerajaan Ukraine bertempur dengan berjuang pemisah pro-Rusia.

Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa pesawat itu terhempas 50km sebelum memasuki ruang udara Rusia.

Ia "mula menurun, selepas itu didapati terbakar di wilayah Ukraine," laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata.

Satu lagi sumber yang tidak dinamakan dari pihak keselamatan Ukraine, dipetik oleh Interfax, sebagai berkata pesawat itu hilang dari radar pada ketinggian 10,000 meter selepas itu ia menurun berhampiran bandar Shakhtyorsk.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko juga menafikan bahawa Tentera Udara Ukraine menembak pesawat tersebut.

Puak pemisah bagaimanapun, menafikan ia menembak jatuh pesawat itu dan sebaliknya menyalahkan Kiev, lapor penyiar milik negara Rusia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menulis dalam tweet bahawa tentera Malaysia masih mengesahkan perkara itu.

MAS berkata MH17 berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pagi dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan.

MAS terputus hubungan dengan pesawat itu pada 1415 GMT ketika berada 30 kilometer dari Tamak, sebuah bandar yang terletak 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .