Keretapi Berkelajuan Tinggi Singapura-Kuala Lumpur (HSR) dijangka memendekkan separuh masa perjalanan walaupun menggunakan kapal terbang, kata laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD).
Akhbar milik Singapura, The Straits Times (ST), memetik SPAD berkata, perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 2.5 jam, termasuk pelepasan imigresen. Perjalanan menggunakan kapal terbang mengambil masa selama empat jam termasuk tempoh menunggu dan melepasi pemeriksaan imigresen.
Akhbar berkenaan melaporkan kerajaan Singapura dan Malaysia sering bertemu sebulan sekali berhubung projek HSR.
Pengarah eksekutif SPAD Mohamad Nur Ismal Kamal sebelum ini berkata, kedua-dua kerajaan memasuki fasa kedua rundingan projek, berhubung isu kajian teknikal, analisis sosio-ekonomik terhadap stesen dan analisis alam sekitar.
"Bagi pihak kami, kami memilih kaedah yang paling bermanfaat untuk Malaysia kerana ia penting bagi kami menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi," kata Nur kepada The Star bulan lalu.
Rakan SPAD dari Singapura, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat turut menjalankan kajian terhadap lokasi terakhir hentian HSR di republik berkenaan, sama ada di Barat Tuas, Jurong Timur, atau pusat bandar.
Pembinaan HSR yang dilaporkan berjumlah lebih RM40 bilion dijangka bermula hujung tahun hadapan.
ST turut melaporkan, firma Singapura menyambut baik Nusajaya sebagai salah sebuah hentian dicadangkan Malaysia untuk HSR.
Petempatan di barat Johor itu, bagaimanapun lokasi syarikat Singapura, FASTrack Autosports, syarikat dimiliki taikun Peter Lim, sedang membina litar perlumbaan.
"Kami dengar akan ada stesen berhampiran litar kami, namun masih belum ada pengumuman rasmi.
"Jika ada, lebih mudah untuk rakyat Singapura. Namun jika tiada stesen, mereka yang berminat akan tetap datang ke litar," kata ketua pengarah eksekutif FASTrack Barry Kan.
Antara stesen lain yang dicadangkan termasuklah Seremban, Ayer Keroh, Muar, dan Batu Pahat.
Singapura secara tradisionalnya melawat Malaysia ketika percutian termasuk perkhidmatan menggunakan keretapi yang dibekalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad.
sumber
No comments: