» » Kerajaan M'sia Tanggung Tambang Pergi Balik Rizalman Ismail ke NZ


Kerajaan akan menanggung tambang penerbangan pergi balik untuk pegawai diplomatik yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di New Zealand pada Mei lalu, lapor New Zealand Herald.

Wisma Putra telah bersetuju untuk menghantar Muhammad Rizalman Ismail, 38, ke New Zealand untuk membantu penyiasatan kes itu dan menurut laporan itu, perbelanjaan pulangnya akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Rizalman merupakan pembantu staf atase pertahanan, yang menguruskan hal keselamatan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Beliau kini menjalani penilaian psikiatrik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mei lalu, beliau ditahan kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap Tania Billingsley, 21, di kediaman wanita itu di Brooklyn, Wellington.

Rizalman didakwa di sebuah mahkamah di New Zealand pada 10 Mei lalu kerana pecah masuk rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk merogol, tetapi diketepikan selepas menggunakan kekebalan diplomatiknya.

Beliau dan keluarganya dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .