» » 'Kenapa siasat saya'


Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan hari ini mempersoalkan mengapa dia yang harus disiasat selepas mendedahkan skandal seks pegawai kanan polis.

Sanjeevan berkata kepada The Malaysian Insider dia menerima surat dari bahagian Sekretariat (Disiplin) Ketua Polis Negara bertarikh 8 Julai bahawa dia disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana perkataan atau perbuatan bertujuan menghina seseorang.

"Pendedahan saya melalui MyWatch dikira sebagai berniat menghina seseorang," katanya merujuk kepada surat itu.

Sanjeevan berkata kenyataannya direkodkan polis minggu lalu dan diminta untuk menyerahkan semua dokumen dan bukti berkaitan kes.

Bagaimanapun, Sanjeevan enggan bekerjasama kerana percaya polis mahu melindungi kes dan pegawai kanan polis berkenaan.

"Malah, saya juga percaya polis cuba mencari siapa yang mendedahkan maklumat itu kepada saya dan MyWatch."

Sanjeevan berkata jika dia menyerahkan semua bukti dan dokumen berkaitan kepada polis, ia akan dimusnahkan dan kes akan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Skandal seks ini akan dilupakan bersama dengan kes berprofil tinggi lain.

"Saya ingin tahu mengapa pegawai polis yang terlibat tidak disiasat malah saya yang menjadi tumpuan?"

Sanjeevan berkata dia sudah pun menyatakan mahu bercakap sama ada dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes ini atau pun kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya dah dimaklumkan oleh pihak ketiga yang Khalid tidak mahu berjumpa saya.

"Jika pihak berkuasa telus mahu membersihkan pasukan polis, mereka akan berjumpa saya," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .