» » Kampung di Ukraine dihujani mayat


Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine.

Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.

"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di hadapan rumanya.

"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut.

Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.

Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.

Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan mengambilnya”.

Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.

"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya.

Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia.

Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan itu.

Petugas penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tesebut, yang kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.

Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih.

Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu. Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.

Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian plastik.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .