» » Kaka kongsi rezeki dengan kanak-kanak


Tahun ini penyanyi Kaka Azraf ada rezeki berlebihan. Bila balik ke kampung musim raya ini, Kaka berkongsi rezeki yang diperolehi dengan kanak-kanak.

Dia memperuntukkan lebih wang untuk diagihkan kepada kanak-kanak sebagai duit raya tahun ini. Sekarang ini Kaka masih berada di Alor Star, Kedah. Dia beraya di kampung sebelah ibunya.

“Seperti tahun-tahun lepas, saya sediakan duit raya kepada kanak-kanak. Tahun ini saya ada rezeki lebih sikit, jadi bolehlah saya agihkan lebih sikit duit raya kepada kanak-kanak,” kata Kaka.


Kaka seronok dapat balik beraya di rumah pusaka nenek walaupun datuk dan neneknya di Kedah dah tak ada. Dia beraya di rumah tersebut yang kini diduduki oleh emak saudaranya.

“Saya memang suka dapat pulang beraya di Kedah berbanding menyambutnya di Klang atau Kuala Lumpur,” kata anak saudara kepada Ella itu lagi. Keluarga sebelah bapanya berasal dari Klang.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .