» » Jersi Baharu Man United Ditaja Chevrolet


JERSI Manchester United yang memaparkan Chevrolet sebagai penaja dikatakan bakal menjadi jersi versi baharu skuad tersebut pada saingan Liga Perdana Inggeris akan datang.

Jersi rekaan baharu itu dipercayai dimuatnaik ke laman internet selepas penyokong kelab itu berjaya mencurinya.


Jersi yang mendapat tajaan baharu itu sepatutnya diperkenal pada Isnin ini tetapi ia terlebih dahulu terlepas ke tangan penyokong fanatik.

Media England mendedahkan jersi baharu itu mendapat tajaan bernilai £53 juta daripada Chevrolet dengan jenama berkenaan menghiasi bahagian depan.

Rekaan jersi itu juga mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .