» » Hanie Soraya Anggap Suara Klon Amy Mastura Satu Penghargaan


Penyanyi baharu Hanie Soraya menyifatkan kata-kata orang ramai yang menyamakan suaranya dengan Amy Mastura adalah sebagai satu penghormatan.

Hanie atau nama sebenarnya Hanie Soraya Taha, 20, berkata, walaupun terkejut dengan pandangan itu tetapi dia menganggap ia satu pujian memandangkan Amy merupakan salah satu penyanyi idolanya.

"Amy Mastura adalah antara penyanyi lama yang saya sanjungi dan saya membesar dengan lagu-lagunya.

"Apabila orang mengatakan suara saya sepertinya, ia membuatkan saya berbesar hati dan anggap ia satu penghormatan buat diri.

"Tetapi saya mahu peminat mengenali saya dengan bakat dan identiti saya sendiri," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya pula, penuntut tahun kedua jurusan kedoktoran, Universiti Mansurah, Mesir ini mengakui berasa teruja kerana pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang penyanyi.

"Sebenarnya, setiap tahun saya menyambut Aidilfitri secara sederhana sahaja. Begitu juga pada tahun ini, ia diraikan biasa-biasa sahaja.

"Cuma rasa pelik sedikit apabila orang tanya apa perasaan saya pertama kali sambut raya sebagai seorang artis.

"Jadi, dalam sambutan yang sederhana itu, ada juga timbul rasa teruja kerana situasinya mungkin lain apabila tetamu datang beraya di rumah," ujarnya yang bercuti pada Hari Raya tahun ini.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .