» » Emirates gesa sidang kemuncak nahas MH17


Presiden salah sebuah syarikat penerbangan terbesar di dunia menggesa supaya diadakan satu mesyuarat antarabangsa syarikat penerbangan untuk memberi respons terhadap tragedi MH17, termasuk memikirkan semula potensi ancaman konflik serantau.

Tim Clark, Presiden Emirates Dubai, syarikat penerbangan antarabangsa yang terbesar di dunia di segi jumlah penumpang, juga berkata pengawal selia domestik di seluruh dunia boleh membuat keputusan untuk lebih melibatkan diri dalam memberi garis panduan kepada pesawat mereka tentang di mana selamat untuk terbang.

"Masyarakat syarikat penerbangan antarabangsa perlu memberi respons sebagai satu entiti, dengan mengatakan ini tidak boleh diterima sama sekali dan adalah keterlaluan, dan ia tidak akan bertolak ansur menjadi sasaran konflik serantau yang tiada kaitan dengan syarikat penerbangan," kata Clark kepada Reuters dalam satu temubual telefon.

Beliau berkata, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa boleh memanggil satu persidangan antarabangsa untuk melihat perubahan-perubahan yang perlu dibuat dalam cara industri itu menangani ketidakstabilan serantau.

Ketua kumpulan itu yang berpangkalan di Geneva, yang mewakili kira-kira 200 syarikat penerbangan global, berkata minggu lepas bahawa mereka bergantung kepada kerajaan dan agensi trafik udara untuk memberi nasihat mengenai ruang udara yang disediakan.

Tetapi Clark - yang menyifatkan dirinya "berbara dengan kemarahan" apabila mendapat tahu tentang serangan ke atas pesawat yang membawa hampir 300 penumpang itu - berkata IATA dan badan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Penerbangan Awam, boleh mengambil tindakan.

"Jika anda pergi dari Timur ke Barat atau sebaliknya di antara Eropah dan Asia, kemungkinan besar anda akan berdepan dengan kawasan konflik," kata Clark.

"Kami secara tradisinya dapat menguruskan ini. Tripoli dan Kabul diserang, Karachi diserang dan kami mempunyai protokol dan perancangan luar jangka dan prosedur untuk menangani ini," katanya.

"Itu sehingga tiga hari yang lalu. Sekarang saya rasa perlu ada protokol baru dan ia terpulang kepada ICAO dan IATA dan komuniti penerbangan memikirkan apakah protokol baru yang diperlukan itu."

Beliau menolak cadangan bahawa pesawat penerbangan perlu dilengkapi peralatan anti-peluru berpandu, satu idea yang sebelum ini ditimbulkan apabila sebuah pesawat kargo Airbus A300 terkena peluru berpandu selepas berlepas dari Baghdad pada tahun 2003.

"Sesetengah orang mengatakan pesawat perlu dipasang alat itu. Ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Jika pesawat kita tidak boleh beroperasi secara bebas dan tidak ada halangan untuk menggunakannya tanpa ancaman ditembak, maka kita tidak boleh beroperasi langsung."

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .