» » Didakwa Merogol dan Meliwat Gadis 15 Tahun Di Gopeng


Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol dan meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Gopeng, pada Februari hingga Julai lepas.

Liew Kar Chuan, 29, dari Taman Gopeng Jaya, Gopeng dekat sini mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Gopeng pada pukul 11 malam, 1 Februari lepas dan meliwat remaja itu di sebuah rumah lain juga di Gopeng antara 1 Februari hingga 6 Julai lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan Liew diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa manakala tertuduh diwakili peguam Meor Shaazizi Meor Shaari.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .