» » Dayah Semakin Popular Kerana 3R


Pengacara program 3R iaitu Dayah Bakar mengakui kemunculannya menerusi rancangan tersebut banyak membuka ruang kepadanya untuk menerokai bidang seni.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 25, berkata, dia juga mendapat lebih peluang untuk mendekati penonton program popular itu terutamanya golongan remaja dan wanita selain muncul sebagai moderator anjuran universiti dan kolej tempatan.

"Alhamdulillah semakin banyak peluang yang saya dapat sejak muncul dalam program 3R seperti dijemput sebagai pengacara majlis program korporat dan moderator.

"Ia adalah peluang untuk saya mengasah kebolehan mengacara supaya dapat menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya .

Dayah bersama dua lagi pengacara program tersebut iaitu Amirah Azmi dan Yvonne Lee dipilih menerusi program realiti, Projek 3R.

Dalam pada itu, Dayah berkata dia juga terbuka sekiranya ada mana-mana stesen TV yang ingin mengambilnya sebagai hos program mereka.


Jelas Dayah, pihak Red Communications yang juga penerbit 3R sentiasa menggalakkannya untuk mengembangkan kerjaya dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu rancangan sahaja.

"Jika ada peluang saya pasti akan terima namun 3R sentiasa menjadi keutamaan saya kerana dari program itu saya bermula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dayah memberitahu dia juga bakal menggalas tanggungjawab sebagai penyampai disebuah stesen radio dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun dia masih belum boleh mendedahkan stesen manakah yang membuat tawaran tersebut kepadanya.

"Bidang radio adalah salah satu daripada minat saya. Tidak sangka mendapat peluang seperti ini," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .