» » Baju Raya Zara Zya Dari Indonesia


Pelakon Zara Zya berkata dia terpaksa 'terbang' ke Jakarta pada 21 Julai lalu selama dua hari bagi membuat persiapan terakhir menyambut Aidilfitri.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, dia ke negara jiran tersebut bagi mencari baju dan kasut raya yang sesuai berikutan kebanyakkan baju dan kasut yang dijual di sini sudah tidak mempunyai saiz yang sesuai dengannya lagi.

"Saya beli di Indonesia kerana kebanyakkan baju dan kasut saiz saya sudah habis dijual mungkin sebab saya lambat dan saiz saya pula susah nak cari.

"Jadi sebelum Hari Raya saya pergi sekejap ke Indonesia iaitu selama dua hari bagi mencari beberapa barangan untuk Hari Raya," katanya.

Sementara itu, Zara mengakui teruja meraikan tahun pertama beraya sebagai selebriti. Katanya, bajet yang diperuntukan juga lebih berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Tahun ini raya berbeza sedikit kerana kali pertama beraya sebagai artis, jadi banyak perkara yang terlebih bajet.

"Kalau tahun lalu tidak pernah fikir pasal baju raya sangat, tahun ini terpaksa buat lebih lima helai baju raya kerana banyak undangan Hari Raya nanti," katanya.

Katanya, dia bakal menyambut 1 Syawal di Shah Alam bersama keluarga dan berkemungkinan balik ke kampung sebelah ibu di Pahang beberapa hari selepas itu.

Sementara itu, menceritakan pengalaman Hari Raya yang tidak dapat dilupakan, Zara berkata, dia pernah dikejar anjing ketika ingin beraya di rumah jiran tetangga.

"Kenangan tidak boleh lupa ialah ketika kecil dahulu saya rajin ikut saudara lelaki saya pergi beraya rumah jiran tetangga.

"Malangnya, nasib tidak berapa baik apabila kami pergi ke rumah orang berbangsa Cina dan membela anjing, anjing tersebut mengejar kami sampai ke rumah.

"Lepas hari itu saya terus tidak pergi beraya lagi," ujarnya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .