Tuduhan itu berikutan kenyataan rasmi Pentagon yang mendakwa Moscow memindahkan sistem peluru berpandu canggih kepada puak pemisah Ukraine, lapor Wall Street Journal (WSJ).
Laporan itu berkata pihak Amerika mempunyai bukti Rusia menyediakan sistem peluru berpandu berat dan lebih berkuasa, termasuk senjata anti-pesawat sistem SA-11 yang dikatakan menyebabkan MH17 terhempas pada 17 Julai di kawasan puak pemberontak yang beberapa minggu ini berdepan dengan tentera Ukraine.
Jurucakap White House Josh Earnest membuat dakwaan berat itu sejak pesawat Boeing 777-200 berkenaan ditembak jatuh dengan menyalahkan Rusia.
“Apa yang kami tahu pesawat MAS ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari darat. Ia ditembak di kawasan yang dikuasai puak pemisah dan Ukraine sendiri tidak mengoperasikan senjata anti pesawat pada masa itu,” Earnest memberitahu pemberita di White House semalam.
“Oleh kerana itulah kita menyimpulkan Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini.
“Sama ada Rusia sendiri yang menjadi dalang atau puak pemisah Rusia yang dilatih oleh negara itu, ia semuanya sama kembali kepada Putin,” katanya seperti dilaporkan WSJ.
WSJ turut memetik Kolonel Steve Warren, jurucakap Jabatan Pertahanan berkata Rusia berniat menghantar sistem peluru berpandu berkuasa darat ke darat “tidak lama lagi."
“Kami tahu mereka sudah memindahkan kereta kebal dan beberapa sistem pelancar peluru berpandu. Kami punyai petunjuk Rusia berniat membekalkan beberapa sistem pelancar peluru berpandu canggih dan lebih berat tidak lama lagi.
“Kami percaya mereka berkemampuan memindahkan peralatan itu pada bila-bila masa,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata kepada Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengenai siasatan di kawasan nahas dan dinamik politik negara semalam, kata The White House dalam kenyataan berasingan.
"Presiden Poroshenko menekankan pembubaran kerjaaan perikatan parlimen Ukraine sementara kerajaan meneruskan usaha membawa pembaharuan ekonomi yang kritikal.
"Presiden Poroshenko turut memaklumkan naib presiden bahawa Rusia akan terus membekalkan senjata berat dan peralatan kepada puak pemisah selain tentera Ukraine semakin hebat menerima serangan secara terus dari pihak yang berada di sempadan Rusia," katanya dalam satu kenyataan.
Biden menyatakan kepada Poroshenko bahawa AS bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 dalam mengenakan sekatan lanjut kepada Rusia "kerana bersikap tidak bertanggungjawab dan cuba menghuru-harakan Ukraine.
Di Brussels, selepas perbincangan untuk meluaskan sekatan dari enam aset dan sekatan pelancongan, instrumen sah memberi kesan kepada bentuk hukuman yang akan berlangsung pada Selasa, kata EU.
Suruhanjaya Eropah, ahli eksekutif EU "akan segera membentangkan cadangan perundangan yang perlu di semua kawasan yang dikenal pasti" oleh ahli kesatuan awal minggu ini, menurut kenyataan itu.
No comments: