» » Video Muzik Terbaharu Psy Raih Jutaan Penonton


PENYANYI Psy mencipta satu lagi fenomena apabila video muzik terbaharunya berjudulHangover menjadi antara video paling cepat mencapai jutaan tontonan selepas hanya beberapa jam dilancarkan.

Daily Kpop News melaporkan video itu ditonton sebanyak 3,100,000 peminat seluruh dunia dan mencatatkan rekod luar biasa kadar tontonan di laman sosial berkenaan.

Sehingga pukul 9.30 malam pada Isnin, jumlah tontonan video berkenaan yang dicatatkan ialah 4,961,673.

Ia dilancarkan menerusi YouTube pada Isnin bermula pukul 8.15 pagi di Korea Selatan.

Sebagai tambahan, Psy turut menyebut akan menghasilkan sebuah lagi video muzik baharu untuk single berjudul Daddy menjelang musim panas nanti.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .