» » Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung


Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar.

"Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu.

"Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar," ujarnya kepada mStar Online.

Uqasha turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya....

Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak.

"Merepeklah! Takkan saya bertudung kerana dipaksa oleh seseorang? Jujurnya perubahan pada diri saya datang daripada kemahuan sendiri. Tiada paksaan daripada sesiapa pun.

"Kalau ikut orang, nanti pemakaian tudung saya tidak akan kekal. Jadi tak perlulah saya nak ikut orang dalam melakukan apa-apa perubahan, biar niat itu datang dengan sendiri," katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau.

Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya.


PS : Untuk melihat lebih banyak gambar Uqasha Senrose bertudung secara eksklusif , anda boleh klik link dibawah:


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .