Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, ini sebenarnya satu langkah untuk "memperalatkan guru" bagi "kepentingan masa depan politik yang kuno lagi sempit".
"Kenyataan Tengku Adnan tidak lain dan tidak bukan merupakan langkah untuk menjadikan guru-guru ejen propaganda Umno-BN.
"Ini mungkin menampakkan perkembangan yang tidak sihat untuk masa depan pendidikan negara, malah mungkin bertentangan dengan falsafah asas atau raison d'etre Pelan Pembangunan Pendidikan yang dicanang Menteri Pendidikan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat dihalang daripada dari memasuki premis sekolah, walau untuk program kebajikan sekalipun.
"Ketidakadilan yang wujud akan bertambah teruk apabila guru-guru yang berpihak kepada Umno-BN mungkin akan menerima layanan yang baik, manakala yang berpihak kepada Pakatan Rakyat atau tidak mahu berpihak pula mungkin ditukar tempat kerja, dilambatkan kenaikan pangkat atau lebih teruk dari itu," katanya.
Kenyataan Fahmi juga datang ketika seorang guru kini diawasi oleh Kementerian Pendidikan kerana posting di laman Facebook beliau yang didakwa "anti-kerajaan".
No comments: