» » Trengganu Wujudkan E-Aduan


Kerajaan Terengganu akan mewujudkan sistem E-Aduan sebagai saluran rakyat membuat aduan atau mengemukakan sebarang cadangan dengan lebih mudah dan cepat.

Sistem itu akan dikendalikan melalui Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA) yang ditubuhkan kerajaan negeri bulan lalu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata inisiatif itu merupakan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat selari dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

"Apa sahaja masalah atau cadangan yang dikemukakan rakyat ini akan terus mendapat maklum balas segera dari pihak bertanggungjawab dan ia akan dirujuk mengikut nombor e-aduan tersebut.

"Seterusnya, setiap ketua jabatan akan melaporkan kepada saya berapakah jumlah aduan yang telah diselesaikan dan mereka ini mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI). Saya percaya langkah ini akan membolehkan kita menyelesaikan lebih banyak masalah rakyat dengan efisien," katanya dalam perjumpaan khas bersama warga kerja Wisma Darul Iman di sini, Khamis.

Kerajaan negeri, katanya bersedia mendengar apa sahaja hasrat atau cadangan rakyat pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, golongan muda dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita sangat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan demi memantapkan urusan pentadbiran negeri agar matlamat menjadikan Terengganu maju 2020 akan tercapai.

"E-Aduan ini juga bertujuan memastikan rakyat selesa dengan maklum balas pantas dari pegawai atau pihak bertanggunggjawab terhadap masalah dan cadangan yang mereka kemukakan itu," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .