» » Selangor Bercadang Berikan WiFI 4G Percuma


Kerajaan Selangor menawarkan perkhidmatan WiFi percuma di beberapa lokasi sekitar Selangor, dimana melalui ujian kasar sebelum ini, ia boleh mencapai kelajuan antara 1Mbps ke 2Mbps tanpa sebarang masalah.

Menurut sumber dari dalam kerajaan negeri Selangor, mereka mahu menyediakan WiFi yang lebih pantas. 

Caranya ialah menggunakan teknologi ODAS (Distributed antenna system) untuk perkara ini, dan struktur telekomunikasi akan disambungkan dengan gentian fiber optik untuk menyokong liputan rangkaian 4G LTE.

Struktur pemancar berkenaan dikatakan akan dibina pada tiang lampu, selain turut menambah perkhidmatan liputan kamera litar tertutup (CCTV) melalui perkara sama. 

Masih kurang jelas bagaimana ia akan berbeza dengan pelaksanaan pada masa kini, memandangkan daripada beberapa lokasi yang diperhatikan , ia sememangnya menggunakan tiang lampu untuk WiFi Selangorku.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan projek baru daripada kerajaan Selangor ini dalam masa terdekat, memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal pembentangan buat masa ini.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .