» » Rita Rudaini Kesal Aidil Tidak Jenguk Anak


Pelakon Rita Rudaini kesal dengan sikap bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd. Radzak yang langsung tidak menjenguk dua anak mereka sejak mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada Mac lalu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, Aidil tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kandung terhadap anak-anak biarpun diberi peluang berbuat demikian.

"Saya berasa marah apabila dia tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak kerana selepas berkahwin dia langsung tidak datang bertemu mereka.

"Saya sendiri tidak pasti mengapa tetapi anak kedua kami iaitu Arjuna yang semakin rapat dengannya mula bertanya mengapa ayahnya tidak datang lagi," katanya .

Rita ditemui pada majlis Seindah Ramadan & Syawal Media Prima Berhad di Hotel One World di sini pada Rabu.

Pasangan itu sah bercerai talak satu pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Dalam pada itu, Rita berkata, dua minggu sebelum melangsungkan perkahwinan, Aidil ada menghantar mesej kepadanya meminta untuk bertemu dengan anak-anak namun dia tidak segera membalas kerana bimbang Aidil tidak mengotakan keinginannya.

Bagaimanapun kata Rita, dia tidak mahu memutuskan ikatan di antara anak dengan bapa dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri bagi memastikan Aidil dapat berbaik-baik dengan anak-anak mereka.

"Alhamdulillah dua minggu sebelum dia berkahwin dia hari-hari datang berjumpa dengan Rayyan dan Arjuna malah saya menjelaskan situasi kepada anak-anak bahawa Aidil adalah bapa kandung mereka dan perlu memanggilnya 'Daddy'.

"Biarpun Rayyan agak sensitif namun hubungan mereka semakin rapat terutamanya Arjuna yang tidak pernah mengenali bapanya sebelum ini sudah mula dapat menerima Aidil.

"Saya gembira dengan perubahan Aidil sebab sebelum ini kasih sayang seorang bapa dan lelaki tiada dalam diri anak-anak, apabila ada kesungguhan daripada bekas suami untuk rapat dengan mereka sudah tentu saya seronok. Namun entah mengapa lepas kahwin dia terus berubah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan sebuah telefilem istimewa bersempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Pontianak Teng Teng pada Hari Raya pertama menerusi TV9.

Pelakon itu turut muncul dalam sebuah drama bersiri 20 episod berjudul Azam Ramadan Su pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 12.30 tengah hari di TV3.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .