» » Ringgo Arrow Mahu Dikenali Sebagai Zain


Bekas vokalis kumpulan Arrow iaitu Ringgo tidak mahu dibayangi dengan kumpulan tersebut dan kini mahu dikenali sebagai Zain.

Ringgo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 45, berkata, sekiranya menggunakan nama komersial yang sama, dia akan masih lagi 'tersekat' ketika zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an.

"Saya mahu membuat penjenamaan semula nama saya dalam industri muzik tempatan dan kalau boleh saya enggan menggunakan nama Ringgo lagi. Ia akan mengingatkan saya serta peminat dengan Arrow.

"Lebih baik saya menggunakan nama Zain, kemunculan baru saya selepas sekian lama menyepi," katanya .

Dia pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwa Ku, Aku Tak Marah dan Niat Di Hati Tak Nak Berpisah.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .