Apa yang peliknya “penggodaman” itu tidak memerlukan sebarang skil penggodaman untuk dilakukan.
Remaja berkenaan telah berjaya “menggodam” sebuah mesin ATM Bank of Montreal (BMO) dan paling menarik ialah bagaimana mereka berjaya melakukannya.
Remaja berkenaan telah berjaya “menggodam” sebuah mesin ATM Bank of Montreal (BMO) dan paling menarik ialah bagaimana mereka berjaya melakukannya.
Ia tidak memerlukan sebarang skil penggodaman kerana mereka memuat turun manual rasmi mesin tersebut dari internet.
Menurut akhbar tempatan , kedua-dua remaja tersebut memuat turun manual rasmi mesin ATM BMO itu sambil duduk di kedai runcit berhampiran dan berjaya mempelajari bagaimana menukarkan mesin ATM tersebut ke mod “Administrator” atau pentadbir dengan memasukkan salah satu kata laluan lalai mesin ATM tersebut.
Nasib berpihak kepada bank kerana remaja tersebut tidak berniat merompak atau memasang program mengimbas kad ATM pada mesin tersebut.
Nasib berpihak kepada bank kerana remaja tersebut tidak berniat merompak atau memasang program mengimbas kad ATM pada mesin tersebut.
Sebaliknya, mereka melaporkan mesin yang terdedah itu kepada cawangan BMO berhampiran.
Apa yang mereka berjaya lakukan ialah menukar gambar selamat datang pada skrin kepada “Go away, this ATM has been hacked” (Beredar. ATM ini telah pun digodam).
Apa yang mereka berjaya lakukan ialah menukar gambar selamat datang pada skrin kepada “Go away, this ATM has been hacked” (Beredar. ATM ini telah pun digodam).
Menurut The Edmonton Journal, kedua remaja tersebut, Hewlett dan Turon telah bekerjasama dengan pihak BMO, namun bank itu belum memberi respon kepada pertanyaan mengenai keselamatan.
Kesimpulannya, agak memeranjatkan kerana kisah ini dengan mudah boleh berakhir dengan ramai pihak menjadi mangsa penggodaman.
Kesimpulannya, agak memeranjatkan kerana kisah ini dengan mudah boleh berakhir dengan ramai pihak menjadi mangsa penggodaman.
Kesilapan kata laluan ini bukan sahaja berlaku pada ATM, malah pelbagai lagi sistem keselamatan.
Jadi jika anda seorang yang malas menukar kata laluan anda , ia mungkin mengundang masalah besar di masa hadapan.
No comments: