» » 'Peningkatan hutang akan rampas kelebihan Malaysia'


Malaysia menghadapi risiko kejatuhan ekonomi dan kehilangan pasaran dunia dalam sektor eksport utama jika ia gagal mengawal hutang awam dan luar negara, kata seorang pakar ekonomi dari United Kingdom.

Sarah Fowler dari Oxford Economics berkata, ketika pengurangan lebihan dalam ekonomi bukan menjadi isu utama kerana akan kekal mempunyai lebihan dalam beberapa tahun lagi di kalangan negara Asia Tenggara, terdapat kerisauan dalam akaun utama Malaysia akibat kenaikan hutang luar, yang melonjak kepada 40% daripada Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu hutang awam negara berbanding KDNK menjadi tertinggi sepanjang masa iaitu lebih 50% sejak 2010 ekoran besarnya difisit fiskal akibat pelancaran pakej stimulasi yang agresif untuk memperkasakan ekonomi negara ketika krisis kewangan dunia.

"Menyelesaikan kebimbangan ini akan membolehkan Malaysia mencapai tahap peningkatan yang lebih tinggi, mencapai pendapatan per kapita secepat mungkin. Kami menjangka ekonomi hanya akan berkembang pada kadar 4% untuk lima tahun akan datang, tetapi jika kebimbangan ini diselesaikan ia boleh meningkat kepada 4.5%," katanya kepada The Malaysian Insider melalui email.

Fowler yang mengeluarkan laporan "Kenapa Malaysia lebih berisiko berbanding Indonesia" dijadikan sumber laporan utama oleh kolumnis William Pasek melalui laman ekonomi dunia, Bloomberg minggu lalu, di mana beliau menggunakan 17 penunjuk aras bagi membangunkan kad laporan untuk menilai kerapuhan pasaran baru muncul kepada kejutan ekonomi dan kewangan luar.

Antara penunjuk arasnya adalah kemasukan modal, kewangan luaran, keseimbangan akaun semasa dan bajet, pasaran kredit dan ekonomi.

"Penilaian melalui penunjuk aras kami terhadap ekonomi Malaysia menunjukkan ia lebih rapuh berbanding Indonesia, Thailand atau India," tulisnya dalam laporan itu.

Menyentuh mengenai hutang luar, Fowler melaporkan purata kemasukan modal bukan asing adalah 6.6% daripada KDNK setahun antara 2009 dan 2012, tertinggi dalam sampel 13 peningkatan pasaran dan lebih berbanding Indonesia kira-kira 2.2%.

"Lebih separuh kepada semua portfolio pelaburan di Malaysia pergi kepada sekuriti hutang antara 2010 ke 2012, meningkat hampir kepada ketiga antara 2005 dan 2009,” katanya.

Belau turut mencatatkan dalam laporannya tempoh jangka pendek dalam komponen hutang luar juga meningkat, yang sangat berisiko kerana ia memerlukan pembanyaran balik lebih awal.

Pinjaman jangka pendek dalam KDNK mencapai 15.2% pada akhir tahun lalu, meningkat daripada 10% pada 2007. Berbanding dengan India dan Indonesia, pinjaman jangka pendek mereka tidak sampai 5% daripada KDNK.

Secara keseluruhannya, hutang luar Malaysia adalah lebih rendah berbanding eksport, bagaimanapun, ini bermakna menyediakan bayaran untuk hutang bukan masalah.

“Tetapi Malaysia yang bukan biasa dengan ekonomi terbuka; di mana eksport adalah sama dengan lebih 80% daripada KDNK, hanya lebih rendah berbanding Singapura dan Hong Kong," tulisnya.

Tentang hutang awam, Fowler berkata, walaupun Putrajaya berjaya mengurangkannya defisit fiskal dalam KDNK dari 6.5% pada 2009 kepada 3% tahun lalu, menjadi keperluan untuk mengawal kewangan awam secara berhati-hati untuk mengurangkan lagi defisit.

Katanya, ini boleh dilakukan dengan melebarkan tapak hasil cukai untuk cuba meningkatkan pendapatan.

"Hutang awam meningkat beberapa tahun kebelakangan ini dan mengurangkannya akan memberikan kebaikan kerana wang yang sekarang digunakan untuk membayar faedah hutang boleh digunakan untuk bahagian yang lebih produktif," katanya.

Bagaimanapun, Fowler menjangka perbandingan hutang awam dengan KDNK akan kekal melebihi 50% untuk lima tahun akan datang, sedangkan jumlah hutang awam Indonesia, Thailand dan Korea Selatan tidak melebihi satu pertiga daripada KDNK masing-masing.

Fowler bukan orang pertama yang menyuarakan kebimbangan tentang ekonomi Malaysia.

Pada Oktober tahun lalu, penganalisa kewangan Jesse Colombo memberi amaran gelembung ekonomi Malaysia boleh pecah selepas ekonomi China jatuh dan kadar faedah dunia dan tempatan terus meningkat.

Menulis dalam majalah online Forbes, Colombo berkata: Gelembung Malaysia akan meletup bila ekonomi China meletup dan/atau di mana kadar faedah dunia dan tempatan akan terus meningkat, yang akan menyebabkan gelembung hutang dan aset mengambil tempat pertama.

"Penilaian semula untuk mengecilkan QE Rizab Persekutuan Amerika mungkin akan menekan pasaran kewangan Malaysia dalam masa terdekat. Malaysia yang mengalami pengurangan lebihan dalam akaun semasa ekoran kelemahan eksport satu lagi perkembangan yang merisaukan,” katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .