» » 'Pembaharuan sekolah tak semestinya bawa kembali pelajar'


Penambahbaikan dalam sekolah kebangsaan Malaysia akan membawa ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta kembali kepada sistem awam, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam satu 'taruhan' yang berani semasa rancangan radio beberapa hari lalu, Idris menjangka penghijrahan ini akan berlaku apabila pembaharuan dalam pendidikan kebangsaan mula menunjukkan hasil dalam masa satu atau dua tahun lagi.

Persatuan ibu-bapa yang lantang bersuara, bagaimanapun sangsi dengan kenyataan menteri itu, dan berkata ibu-bapa yang memberi komitmen kepada pendidikan swasta hanya akan percaya kepada sekolah kebangsaan jika kerajaan mengambil langkah konkrit dalam mewujudkan sukatan pelajaran berteraskan bahasa Inggeris.

Ini merupakan tarikan utama sekolah swasta, sukatan pelajaran dalam bahasa Inggeris yang menyediakan pelajar bagi universiti dan kolej luar negara, kata Parent Action Group for Education (PAGE).

Dalam temuramah 16 Jun bersama stesen radio bahasa Inggeris, BFM89.9, Idris menyenaraikan beberapa pembaharuan yang dikatakan akan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan dan mengembalikan pelajar 'homeschool' atau mereka yang menghadiri sekolah swasta.

"Saya pasti tahun depan atau tahun selepas itu, kita akan lihat lebih ramai pelajar dari sekolah swasta di sekolah kebangsaan," kata Idris kepada pengacara rancangan The Breakfast Grille, Sharaad Kuttan.

"Kami sedang menambahbaik sekolah kebangsaan dan ramai yang sedang melihat perubahan ini, serta sekolah swasta kini mengenakan yuran yang tidak sepatutnya dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya," katanya.

Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim, apabila diminta memberi komen tentang jangkaan Idris, berkata pembaharuan tersebut tidak mencukupi untuk menarik kembali ibu-bapa yang memilih sekolah swasta.

"Penambahan medium bahasa Inggeris tidak mencukupi. Kerajaan perlu mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris," kata Noor Azimah, merujuk kepada seruan utama persatuan tersebut yang inginkan kementerian meneruskan polisi mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ataupun PPSMI.

Polisi tersebut bermula di semua sekolah pada 2003 tetapi dihentikan pada 2011.

Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peralihan kepada universiti yang menggunakan bahasa Inggeris, selepas belajar menggunakan bahasa Melayu di sekolah menengah.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi lebih peluang kepada pelajar untuk berlatih bahasa Inggeris.

Beberapa sekolah masih lagi meneruskan polisi tersebut yang akan dihentikan sepenuhnya pada tahun 2021.

Sekolah swasta pula, kata Noor Azimah, menyesuaikan sukatan pelajaran mereka pada tahap antarabangsa dan mempersiapkan pelajar untuk ujian 'O Levels' dan 'A Levels' yang diperlukan untuk memasuki institusi luar negara.

Namun Idris berkata pembaharuan kerajaan juga termasuk mengembalikan kepentingan bahasa Inggeris kepada sekolah dan melatih semula dua pertiga 16,000 guru bahasa Inggeris yang dikatakan di bawah tahap kelayakan.

Idris berkata sekolah kebangsaan akan memberi fokus kepada membangunkan kemahiran 'higher order thinking' (KBAT) dalam pelajar, salah satu teras utama Blueprint Pendidikan Malaysia pentadbiran Najib 2013 - 2025.

Menurut blueprint tersebut, KBAT akan mengubah kaedah pembelajaran daripada hafalan kepada mengajar bagaimana untuk menganalisis dan mentafsir data untuk menggunakan maklumat.

Beliau juga mengatakan sistem baru Penilaian Berasaskan Sekolah (SBA) juga salah satu alat untuk menambahbaik kualiti pembelajaran walaupun dengan masalah dalam tiga tahun pertama pelaksanaannya.

Satu lagi pembaharuan dalam blueprint tersebut ialah ujian psikometrik yang akan disepadukan ke dalam kaedah menilai pelajar, dengan Idris menyatakan Malaysia adalah negara pertama untuk melakukannya dengan cara ini.

Blueprint tersebut menjelaskan bahawa kaedah psikometrik untuk menilai kemahiran, minat, kebolehan, atitud dan personaliti pelajar.

Ujian kebolehan digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semulajadi serta yang dipelajari, seperti berfikir dan penyelesaian masalah.

Kaedah-kaedah ini sebahagian daripada pembaharuan yang bertujuan mengubah sistem sekolah kebangsaan negara yang hampir nazak dan terganggu dengan polisi bahasa yang sering bertukar, guru bertahap rendah, dan kemudahan lama, terutamanya di kawasan kampung dan sukatan pelajaran yang dikritik sebagai lebih mengutamakan ujian daripada pembelajaran.

Kelemahan-kelemahan ini semakin kelihatan apabila pelajar Tingkatan Tiga Malaysia diletakkan pada kedudukan ketiga akhir antara pelajar-pelajar dari 65 negara dalam ujian antarabangsa 2012 yang menguji pengetahuan matematik, pembacaan dan sains.

Para pengkritik mengatakan prestasi pelajar yang kurang baik bercanggah dengan pengumuman Kementerian Pelajaran setiap tahun yang mengatakan lebih ramai pelajar sedang mendapat 'straight A' dalam ujian Tingkatan Tiga akhir tahun, PMR (Penilaian Menengah Rendah).

Pada Selasa, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 12 daripada 25 inisiatif daripada blueprint tersebut menghasilkan keputusan yang baik sejak diperkenalkan pada September tahun lepas.

Seperti yang dilaporkan New Straits Times, Muhyiddin berkata antara inisiatif yang menunjukkan hasil yang baik adalah guru-guru mula menggunakan kemahiran 'higher order thinking' dalam pengajaran mereka, lebih guru Inggeris yang kurang mahir sedang dilatih semula dan terdapat peningkatan dalam ibu-bapa berpendapatan rendah daripada kawasan kampung mula menghantar anak mereka ke tadika.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .