» » 'Pelajar lemah ketinggalan tiga tahun ke belakang'


Ramai pelajar sekolah menengah kelas berprestasi rendah di sekolah-sekolah bermasalah di Malaysia berada pada tahap purata dua hingga tiga tahun di belakang rakan sekelas mereka yang lebih baik, kata pakar pendidikan.

Sebahagian pelajar lemah ini hanya mempunyai tahap keupayaan murid sekolah rendah, kenalpasti satu kumpulan.

Terdapat kebimbangan pelajar yang lemah boleh mengakibatkan krisis sosial beberapa tahun kemudian kerana tidak berupaya memperoleh pekerjaan dan gaji yang baik.

Teach for Malaysia (TFM) yang merekrut golongan profesional muda dan graduan baru, mendapati selepas dua tahun bertugas sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah bahawa kebanyakan pelajar yang ketinggalan gred ini datang daripada keluarga berpendapatan rendah.‎

Pada masa yang sama, para guru mereka tidak dapat memberikan mereka perhatian tambahan yang diperlukan kerana tekanan di luar bilik darjah seperti kerja-kerja pentadbiran dan arahan untuk melengkapkan sukatan pelajaran kelas.

Penemuan TFM ini signifikan dengan apa yang dikatakan kumpulan pendidikan lain tentang mengapa dan bagaimana sistem sekolah gagal memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan yang baik tidak kira sama ada mereka datang daripada keluarga kaya atau miskin.

Sekolah rendah adalah wajib di Malaysia yang menyediakan pendidikan percuma.

Sebagai contoh, kata pengasas TFM Dzameer Dzulkifli, seorang pelajar daripada sebuah keluarga kelas pekerja di Segambut, Kuala Lumpur akan berprestasi tiga tahun di belakang seorang pelajar daripada keluarga kaya di Bangsar.

"Pelajar dari Bangsar mungkin mempunyai ibu bapa yang menghantar mereka ke kelas tambahan dan kem motivasi cuti sekolah.

"Ini memberi kelebihan kepada kanak-kanak itu di dalam kelas, manakala kanak-kanak yang lemah pula akan ketinggalan," kata Dzammer ketika ditemui di pejabat TFM di Kuala Lumpur.

Namun, latar belakang keluarga bukanlah satu penghalang bagi pelajar lemah untuk cemerlang, kata Dzameer, kerana guru yang berdedikasi mampu memberi perbezaan yang ketara.

Para fellow TFM – gelaran bagi kumpulan rekrut – berulang kali membuktikannya.‎

Di sebuah sekolah di Negri Sembilan, salah seorang fellow mengajar kelas Tingkatan Lima bagi pelajar lelaki yang gagal subjek Bahasa Inggeris semasa di Tingkatan Empat.

"Selepas para zamalah mencurahkan tenaga pada kelas itu, 12 daripada 18 pelajar berjaya lulus Bahasa Inggeris dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Jadi kemungkinan itu ada," kata Dzameer.‎

Sejak ia bermula pada 2012, TFM sudahpun menghantar 169 orang zamalah ke 49 buah sekolah di tujuh negeri.

Semua sekolah, yang dipanggil "sekolah keperluan tinggi" mempunyai kedudukan antara yang terbawah mengikut sistem sekolah kebangsaan daripada segi pencapaian pelajar.‎

Para zamalah ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai guru dan dibayar gaji sama seperti guru lain.

"Pada keseluruhannya, guru lain yang ditemui sangat menyokong zamalah kami.

"Masalahnya bukan guru, seperti yang kita dapati, 99% daripada mereka benar-benar menjadi guru kerana mahu mengajar dan membuat perbezaan," kata Dzameer.

Masalahnya terletak pada struktur sistem di mana para guru dibebani kerja pentadbiran dan pada masa yang sama, tekanan untuk menghasilkan statistik cemerlang untuk Kementerian Pelajaran.

Oleh kerana mereka mempunyai begitu banyak tugas di luar bilik darjah, para guru cenderung menumpukan perhatian kepada pelajar berprestasi lebih baik kerana mereka lebih mudah untuk diajar, kata Dzameer.

Selain itu, memandangkan setiap pelajar mempunyai tahap pembelajaran berbeza, guru tidak dapat memberi perhatian tambahan kepada pelajar lebih perlahan yang mungkin mempunyai masalah dengan sukatan pelajaran.

"Ia juga terpulang kepada pengetua. Beberapa pengetua membenarkan guru perlahan dan mengajar asas kepada pelajar yang lemah. Tetapi ada juga yang mahu guru yang pentingkan menyelesaikan sukatan pelajaran terlebih dahulu. "

Kumpulan lain, Teach for the Needs (TFTN), bersetuju dengan pemerhatian ini dan berkata tekanan untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sering menyebabkan guru menghabiskan lebih banyak masa dengan pelajar pintar daripada yang lemah.‎

"Tetapi kita tidak boleh hanya menyalahkan guru-guru. Menurut pengalaman kami, guru tahu yang mana pelajar yang lemah dan mereka ingin membantu," kata Mohd Norziati Rosman, yang juga ketua pegawai operasi TFTN itu.

Dan guru-guru ini yang mendapatkan bantuan TFTN untuk melatih pelajar mereka yang lemah.

"Apabila guru sudah mencuba segalanya dan masih tidak memperoleh respons pelajar, mereka menghubungi kami dan kerana kami orang luar, pelajar melihat kami secara berbeza dan bertindak balas lebih baik," kata Norziati.

Sukarelawan TFTN akan mengadakan kumpulan kecil bagi mengajar pelajar.

TFTN kini mempunyai lebih daripada 500 orang sukarelawan yang mengadakan program tutor kecil di empat negeri untuk pelajar lemah.Kebanyakan sukarelawan kumpulan itu mengajar anak-anak di rumah anak yatim di mana mereka kekurangan bimbingan dan pengawasan orang dewasa yang menjejaskan motivasi mereka untuk belajar.‎

"Sebahagian kanak-kanak ini dalam darjah enam, namun mereka tidak dapat membaca ABC.

"Ada rumah anak yatim mempunyai 50 kanak-kanak dan hanya dua orang dewasa untuk menjaga mereka. Anak-anak pulang dari sekolah dan mencampakkan buku dan bermain.‎

"Apabila ini berlaku, tidak ada pengukuhan kepentingan pembelajaran," katanya .

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .