Pua yang juga anggota PAC daripada Pakatan Rakyat (PR) pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, mereka dimaklumkan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung perkara itu.
"Peguam negara memaklumkan kepada speaker Dewan untuk melarang laporan PAC berkenaan NFC dibentangkan di Parlimen," kata Pua.
Pua berkata, laporan PAC berhubung perkara itu sudah sedia untuk dibentangkan apabila PAC menyerahkan laporan berkenaan kepada Dewan Rakyat pada November tahun lalu.
"Peguam negara berkata laporan ini akan mengganggu kes mahkamah Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh yang kini berdepan dua kes pecah amanah melibatkan RM49.7 juta di Mahkamah Tinggi," katanya.
Pua bagaimanapun memberi jaminan, laporan yang disediakan PAC berhubung skandal melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu tidak akan mengganggu perbicaraan kes Mohamad.
"Semasa beliau dipanggil memberi keterangan, beliau tidak menjawab sebarang soalan kerana khuatir akan mengganggu perbicaraan.
"Laporan ini tidak menyentuh kes yang sedang berjalan di mahkamah," katanya .
No comments: