» » PBT Perlu Beri Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakyat


Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bertanggungjawab kepada penduduk mereka termasuk di negeri ini.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata kerajaan tempatan yang berada di peringkat terendah dalam struktur kerajaan seharusnya menjadi peringkat yang paling utama dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan rakyat.

"Pihak berkuasa tempatan yang tidak diuruskan dengan baik akan membawa kepada pentadbiran yang buruk ",  katanya pada satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau juga berkata urus tadbir yang baik memerlukan penyertaan meluas dan perbincangan melibatkan bukan sahaja agensi-agensi kerajaan tetapi juga pelbagai wakil dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sivil bagi merapatkan jurang antara rakyat dan PBT.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .